Assalamualaikum,
Sudah lama aku tidak mengemaskini Blogku ini kerana ketiadaan masa. Hari ini ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu tentang Simpanan Tabung Haji.
Sumber dari
Tabung Haji
1. Konsep Tabungan Wadiah Yad-Dhamanah (Simpanan Dengan Jaminan)
Akaun simpanan di Lembaga Tabung Haji (TH) adalah berlandaskan konsep Al Wadiah Yad Dhamanah di mana simpanan tersebut dijamin oleh kerajaan. Berdasarkan konsep simpanan ini, pihak pengurusan tidak boleh menjanjikan apa-apa pulangan untuk simpanan tersebut.
2. Kelebihan Menyimpan di TH
- Berlandaskan syariah Islam
- Suci
- Dividen kompetitif
- Zakat Perniagaan dibayar
- Dikecualikan cukai
- Dijamin oleh kerajaan
- Pengeluaran tanpa had
3. Terma & Syarat Kelayakan
Untuk menjadi pendeposit TH, mestilah :
- Individu beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Tiada had umur
4. Bonus Pendeposit TH 2013
6.0%
BONUS TAHUNAN
|
+
|
2.0%
BONUS HAJI*
|
Pengiraan Bonus Pendeposit TH 2013 adalah seperti berikut:
BONUS | PENGIRAAN |
Bonus Tahunan TH (6.0%) |
(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2013)/12 bulan) x 6.0%
|
*Bonus Haji (2.0%) |
1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)
-> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2013)/12 bulan) x 2.0%
2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran haji (RM,9980)
-> RM9,980 x 2.0%
|
Bermula pada Ahad, 2 Februari 2014 para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit TH 2013 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.
Comments
Post a Comment