Assalamualaikum,
Pergh... 27 Disember 2011 agihan pendapatan ASN sebanyak 6.05 Sen Seunit. Durian runtuh bagi semua pelabur yang melabur ASN. Syok nyer la tgk dividen akhir2 tahun setiap fund / dana..
AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.05 SEN SEUNIT (Di petik dari
ASNB)
27 Disember 2011
KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad
(ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari
ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.05 sen seunit bagi
Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31
Disember 2011.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.05 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit tahun lalu.
Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran
sebanyak RM92.8 juta, yang akan dimanfaatkan oleh seramai 1.2 juta
pemegang unit yang melanggan 1.5 bilion unit ASN.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid berkata prestasi ASN
sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 secara
keseluruhannya adalah lebih memuaskan meskipun pasaran saham dan ekonomi
dunia menghadapi suasana yang mencabar akhir-akhir ini.
Dari tempoh di antara 31 Disember 2010 hingga 23 Disember 2011,
Indeks FBM KLCI mencatat penurunan sebanyak 1.5 peratus, daripada
1,518.91 mata yang dicatat pada 31 Disember 2010, kepada 1,496.15 mata
pada 23 Disember 2011.
Dalam tempoh kewangan yang sama, ASN telah memperoleh pendapatan
kasar sebanyak RM114.67 juta. Pendapatan daripada keuntungan jualan
saham menyumbang sebanyak RM58.71 juta atau 51.2%, manakala pendapatan
dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat
menyumbang sebanyak RM43.33 juta atau 37.8%, dan selebihnya iaitu
RM12.63 juta atau 11% adalah daripada lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan
unit pada 31 Disember 2011, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN.
Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara
automatik dan dikreditkan di dalam buku pelaburan pemegang unit,
berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2011.
Semua urus niaga bagi ASN di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB
dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 27 Disember 2011 sehingga 2
Januari 2012.
Penangguhan urus niaga ini adalah bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun 2011.
Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN
masing-masing di pejabat-pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh
negara mulai 3 Januari 2012.
ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah yang dilancarkan
pada 20 April 1981 dengan objektif menjana pengagihan pendapatan dan
peningkatan modal yang berpatutan melalui pelaburan di dalam portfolio
yang dipelbagaikan.
Sebagai tabung pertumbuhan yang berharga berubah-ubah, perbandingan
prestasi ASN dari segi jumlah pulangan keseluruhan (''total return")
dan hasil pendapatan ("yield") boleh dilakukan dengan
instrumen-instrumen yang mempunyai ciri-ciri dan tahap risiko yang
hampir serupa dengan tabung ASN.
Comments
Post a Comment