Penternakan Ayam Secara Komersil
Assalamualaikum
Terlebih dahulu aku ingin memperkenalkan diri aku dahulu. Nama samaran Adi. Setakat tuh ajer perkenalan kita, nak lebih lagi contact aku ler.. he3.. gurau ajer...
Back to the topic. Apa yang kita perlu tahu sebelum memulakan penternakan Ayam?
1. Pembeli
2. Pembekal anak ayam/makanan/vaksin
3. Berapa harga reban ayam
4. Lokasi tanah
5. Keuntungan dan kerugian
6. Loan
Soalan no 1 dan no 2
Biasanya sekarang penternak-penternak modem akan buat kontrak dengan intergrator. Senang, mudah dan terjamin masa depan korang. Kerana dengan intergrator korang x payah buat marketing or apa2. korang just bela ayam sampai besar. Semua anak ayam/makanan/vaksin diberi secara kredit oleh intergrator.HUHuhuhu.. best...
Soalan no 3
Berapa harga reban...Reban terbahagi kepada 2 iaitu reban terbuka dan tertutup. Tetapi sekarang aku syrkan buat sistem tertutup kerana kebanyakan semua intergrator mahu reban sistem tertutup dan kualiti ayam pulak terjaga. Harga reban untuk 20k ekor kebiasan 250k+++ ikut kepada alatan dan keluasan. makin banyak bela ayam, makin besar pelaburan kena buat.
Soalan no 4
Lokasi tanah... Lokasi tanah memang penting sekali, tanah korang mestilah jauh dari kawasan perumah iaitu 200m @ 500m dari kawasan perumahan. Dan tanah mestilah mempunyai access road/api/air. Most important tanah korang mestilah di tukar syarat kepada tanah penternakan.
Soalan no 5
Keuntungan dan Kerugiaan... soalan ni paling aku suka... kebiasaan, keuntungan dalam RM1 - 2++ max mengikut berat ayam. kita Assume Keuntungan RM 1.3 untuk satu ekor. kalo 20k ekor x RM 1.3 = RM 26k untuk satu pusingan. satu tahun maksimun 6 pusingan dan ada yang lebih.. korang boleh kira la... huhu... Korang mesti ingat tidak semua kita dapat untung, kadang kala mengalami kerugian disebabkan Ayam kurang berat @ Ayam berpenyakit.
Soalan 6
Loan
Biasanya, org yang nak start ternak ini tidak mempunyai modal besar dan tidak mempunyai tanah. kalo perkara macam ini, aku syorkan korang cari dulu pekerjaan @ rakan partner. Sekurang-kurangnya korang mesti ada dalam tangan 350k baru boleh bernafas... Korang boleh buat personal loan di Agrobank - 4% interest seigt aku la boleh pinjam 200k++ mengikut keperluan.. korang try tengok sendiri kat website agrobank..
Akan bersambung lagi pada hari yang lapang... buhbye..
Assalamualaikum.
- Adi -
Comments
Post a Comment